Peranan Kepimpinan Era AI Terhadap Kesejahteraan Pekerja di Tempat Kerja
Keywords:
Kepimpinan era AI, Kesejahteraan Pekerja, Empati digital, Transformasi Digital dan Kepimpinan HumanistikAbstract
Perkembangan pesat Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) telah mengubah landskap dunia pekerjaan. Walaupun AI mampu meningkatkan produktiviti dan kecekapan organisasi namun dalam keadaan tertentu penggunaannya turut menimbulkan cabaran terhadap kesejahteraan pekerja. Penulisan ini bermatlamat untuk meneroka peranan kepimpinan era AI dalam mempengaruhi kesejahteraan pekerja di tempat kerja. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk konseptual melalui kaedah sorotan literatur dan analisis tematik. Data diperoleh daripada pelbagai sumber literatur berkaitan AI, kepimpinan digital, kesejahteraan pekerja dan transformasi organisasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepimpinan era AI memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan pekerja melalui lima elemen utama iaitu empati digital, etika dan ketelusan penggunaan AI, komunikasi organisasi, pembangunan kompetensi berterusan serta pengekalan sentuhan manusia dalam ekosistem digital. Kajian ini turut mendapati bahawa pendekatan kepimpinan yang berpaksikan manusia mampu mengurangkan tekanan psikologi pekerja, meningkatkan keselamatan psikologi dan memperkukuh keterikatan kerja dalam organisasi. Kesimpulannya, kepimpinan era AI bukan sahaja perlu menekankan literasi digital dan kecekapan teknologi, tetapi juga perlu mengimbangi elemen kemanusiaan bagi memastikan kesejahteraan pekerja terus terpelihara dalam persekitaran kerja digital.



