Amalan Bandar Rendah Karbon dalam Mengurangkan Pelepasan Karbon: Satu Tinjauan Literatur Sistematik di Malaysia dan Luar Negara

Authors

  • Muhamad Anas Ahmad Siati Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Siti Rozaidah Zainalabidin Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Sumayyah Aimi Mohd Najib Universiti Pendidikan Sultan Idris https://orcid.org/0000-0003-3684-9754

Keywords:

Bandar Rendah Karbon, Pelepasan Karbon, LCCF, Tadbir Urus Bandar, Komuniti, Tinjauan Literatur Sistematik

Abstract

Bandar rendah karbon semakin penting sebagai strategi mitigasi perubahan iklim kerana bandar menjadi pusat utama penggunaan tenaga, mobiliti, pembangunan infrastruktur dan pelepasan gas rumah kaca. Kajian ini bertujuan menganalisis secara sistematik amalan bandar rendah karbon dalam mengurangkan pelepasan karbon di Malaysia dan luar negara. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan literatur sistematik secara naratif terhadap artikel yang diterbitkan antara tahun 2020 hingga 2026. Sebanyak 23 artikel dikenal pasti berdasarkan kriteria pemilihan kajian dan dianalisis melalui pengekodan tematik. Dapatan menunjukkan enam tema utama iaitu dasar dan tadbir urus bandar rendah karbon, penglibatan komuniti dan gaya hidup rendah karbon, ruang hijau dan penyerap karbon, kecekapan tenaga dan inovasi hijau, inventori gas rumah kaca bandar serta bangunan hijau dan pembinaan rendah karbon. Kajian di Malaysia menonjolkan kekuatan dari segi kerangka dasar, pelan tindakan pihak berkuasa tempatan dan penggunaan Low Carbon Cities Framework (LCCF). Namun, pelaksanaannya masih dibatasi oleh isu penyelarasan institusi, pembiayaan, data karbon, keupayaan teknikal dan penyertaan komuniti. Kajian luar negara pula lebih menekankan penilaian impak dasar, kecekapan tenaga, inovasi hijau dan analisis senario rendah karbon secara kuantitatif. Kajian ini merumuskan bahawa pelaksanaan bandar rendah karbon memerlukan sistem tadbir urus bersepadu yang berasaskan data, teknologi, pembiayaan mampan, pemantauan berterusan dan penglibatan komuniti.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Muhamad Anas Ahmad Siati, Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Pegawai Pengurusan, Unit Peperiksaan dan Penilaian, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah

  • Sumayyah Aimi Mohd Najib, Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Pensyarah, Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan

Downloads

Published

27-08-2026

Issue

Section

Economic and Development

How to Cite

AHMAD SIATI, M. A., ZAINALABIDIN, S. R., & MOHD NAJIB, S. A. (2026). Amalan Bandar Rendah Karbon dalam Mengurangkan Pelepasan Karbon: Satu Tinjauan Literatur Sistematik di Malaysia dan Luar Negara. Human Sustainability Procedia, 6(1), 35-44. https://periodical.uthm.edu.my/index.php/hsp/article/view/24887