Penggunaan Buluh Betung dalam Penutup Longkang Konkrit

Authors

  • Nur Athirah Azahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nur Azifatus Syifak Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Salman Salim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Buluh betung, penutup longkang, tetulang, kekuatan mampatan, lestari

Abstract

Penutup longkang konkrit merupakan komponen penting dalam sistem saliran, namun penggunaannya sering menghadapi beberapa cabaran seperti kos yang tinggi, risiko pengaratan, serta kesukaran penyelenggaraan akibat berat yang berlebihan. Kajian ini dijalankan bagi menilai potensi buluh Betung (Dendrocalamus asper) sebagai bahan alternatif bagi menggantikan tetulang keluli dalam penghasilan penutup longkang. Dalam kajian ini, buluh yang telah dikeringkan dan disapu syelek digunakan sebagai tetulang dalam acuan konkrit. Beberapa ujian makmal dijalankan, termasuk ujian kekuatan mampatan kiub konkrit, bagi menilai keupayaan struktur penutup longkang tersebut. Keputusan menunjukkan bahawa penutup longkang berasaskan buluh mampu menampung beban dengan baik, walaupun mencatatkan bacaan kekuatan yang lebih rendah berbanding spesimen yang diperkuat dengan keluli, iaitu masing-masing 17.43 kN dan 42.51 kN. Namun begitu, penggunaan buluh menawarkan kelebihan dari segi kos yang lebih rendah, bahan yang lebih ringan, serta menyokong amalan pembinaan lestari. Secara keseluruhannya, buluh berpotensi besar untuk dijadikan bahan binaan yang mampan dan ekonomik, khususnya bagi aplikasi bukan struktur utama di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

11-11-2026

Issue

Section

Civil Engineering

How to Cite

Azahari, N. A., Ahmad, N. A. S., & Salim, S. . (2026). Penggunaan Buluh Betung dalam Penutup Longkang Konkrit. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 7(3), 159-165. https://periodical.uthm.edu.my/index.php/mari/article/view/20701