Sistem Lampu Jalan Pintar Berasaskan Sensor untuk Mengesan Pergerakan Objek
Keywords:
Lampu jalan pintar, sensor PIR, penjimatan tenaga, Arduino Uno, sistem automatik, pencahayaan adaptif, sensor gerakan, LED cekap tenagaAbstract
Lampu jalan konvensional yang beroperasi secara berterusan menyumbang kepada pembaziran tenaga dan peningkatan kos penyelenggaraan terutamanya di kawasan bertrafik rendah. Kajian ini bertujuan membangunkan sistem lampu jalan pintar berasaskan sensor PIR (Passive Infrared) yang dapat mengesan pergerakan dan mengawal tahap kecerahan lampu LED secara automatik. Prototaip sistem ini direka untuk menyala pada kecerahan 20% ketika tiada pergerakan dan meningkat kepada 100% apabila pergerakan dikesan. Metodologi kajian melibatkan pembangunan prototaip menggunakan Arduino Uno, pengujian prestasi sensor dalam pelbagai keadaan persekitaran, serta analisis penggunaan tenaga menggunakan wattmeter. Hasil ujian menunjukkan sistem ini mampu menjimatkan tenaga sehingga 87.89% berbanding sistem konvensional dengan prestasi sensor yang responsif dan stabil. Kesimpulannya, sistem lampu jalan pintar ini berpotensi besar untuk diaplikasikan dalam infrastruktur bandar pintar yang lebih cekap tenaga dan mesra alam.



